Followers

Thursday, February 2, 2012

DESIGN BAJU ARTIS UNTUK BLUE CARPET AJL 26

Seperti sebelum ini saya terlibat design baju untuk artis di red carpet beberapa majlis berprestij seperti AIM, FFM dan lain-lain lagi, kali ini saya sekali lagi terlibat menyumbangkan idea kreatif untuk majlis Blue Carpet AJL ke 26. Seperti biasa, Kos Serani dari Kose Design & Collection tidak pernah memilih bulu, tidak kisah artis sendu, artis baru, waima artis popular sekalipun, layanan tetap sama kerana hidup ini ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Samalah juga dengan dunia artis ini kadang popular meletup-letup sekali merundun, jatuh terjelungkup dan begitu juga artis baru bila mana hari ini mereka baru menapak, tidak popular, tiba-tiba nama naik meletup-letup. Kisah Alyah menjadi pengajaran yang struggle hampir 10 tahun tidak popular-popularpun walau sudah menjadi juara Bintang HMI. Bila mencari penaja baju atau khidmat make up artis ramai yang menolak kata artis sendu la, produk RTM la X segah produk artis realiti lain dan macam-macam lagi. Tapi bila namanya sudah naik, mulalah ramai yang cuba menjadi penaja baju dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak diberitahu warna tema AJL ke 26 kali ini hanya tema stail adalah Smart Casual, saya telah mentafsirkan iklan promo AJL ada elemen air dimana setiap artis dalam iklan promo itu berhujan, berbasah dan berendam, lalu terlahirlah difikiran saya warna biru dan jernih mewakili air. Selain warna kain pilihan berwarna biru, gaun artis wanita saya padankan dengan jenis kain organza agar nampak seperti kilauan air semasa artis berjalan di Blue Carpet. Syukur, pakaian mereka menjadi tumpuan lensa kamera sampai que time dah habis kerana artis lainpun hendak mengambil gambar di Wall Of Fame AJL tetapi jurukamera masih berebut masih mahu mengambil gambar Heela Monica iaitu penyanyi baru yang muncul bersama lagu baru bertajuk Migrain dan penampilan beliau sedondon dengan pasangannya Tameen bekas ahli kumpulan Mpop iaitu MAX 24:7. Seiring dengan usianya yang baru mencecah 19 tahun, saya tidak mahu dress ini sarat dengan beads atau aksesori nanti nampak macam artis berusia atau macam mak Datin .



Wednesday, January 25, 2012

MY DESIGN FOR WINNIE KOK,KELVIN LAU, SUPERMODEL WILSON TAN & ATHLETE YONG KUONG YONG

STEVE YONG ( NATIONAL FOOTBALLER ), WINNIE KOK ( ACTRESS/SINGER ), WILSON TAN ( SUPERMODEL MALAYSIA ) ZENY ( SINGER ) & KELVIN TAN ( SINGER )

A great experience when I had the opportunity to provide clothing for the very well-known our Chinese celebrity in conjunction with the Chinese new year. Frankly I have never made ​​Cheongsam but because I want to take up the challenge and so excited to provide cloth for big stars, then I do some research and find the idea of ​​the concept of a clash with the theme name 'East Meet West', who thought a modern dress & long sleeves, but still with Oriental touches like mandarin collar, color textiles and textile motifs and patterns that still adhere to the theme.

It's just like a dream comes true, I'm so excited and so honored when my design wear by famous celebrity like our Singer Winnie Kok & Kelvin Lau, our very own Malaysia Supermodel Wilsson Tan, and national footballer/athlete Steve Yong Kuong Yong


HAPPY MOOD
START THE DAY FOR YEAR OF DRAGON WATER WITH SMILE & HAPPY MOOD
SONGBIRD, WINNIE KOK, SHE ALSO VERY WELL KNOWN AS SITI NURHALIZA NO.2 IN INDONESIA
OUR VERY OWN MALAYSIA SUPERMODEL, WINNER FOR BEST ASIA MODEL AWARD 2011

Wednesday, January 4, 2012

MANAGER, DESIGNER & STUDENT DALAM SATU MASA, KAU MAMPU?

SAYA DAN STAFF SAYA DI FRONT DESK

Itulah orang kata, kalau cakap jangan sombong dan takbur. Sebaik saja saya berundur dari jawatan penting dan menjadi ahli biasa sahaja kerana menyambung pelajaran di kolej, mereka mula mengumpat saya dan kata akan buat lebih baik bukan macam saya yang asyik2 buat fesyen show. Tapi tuhan bayar cash pada insan yg mengumpat saya dari belakang. Kalau dulu setiap bulan ada saja aktiviti dan event, malah setiap perayaan dibuat majlis Hari Raya Aidil Fitri dibuat besar-besaran, manakala perayaan lain tetap saya buat walau dirumah tapi melibatkan ramai ahli dan merapatkan lagi, malah walau perayaan itu bukan saya sambut tetapi saya tetap buat dan keluarkan duit sendiri samada Raya Haji, X'mas, CNY bersama Aunty dan Valentine Day. Setiap event saya buat besar-besaran ( mesti antara 200-300 penyertaan ) dan masuk majalah selalu, walau sekecil melawat rumah anak yatim pun ada wartawan dan majalah cover story. Bila saya buat majlis besar-besaran pula, bukan hanya wartawan majalah, malah TV3, RTM dan Blogger pun datang buat liputan. Kalau setakat acara tarik tali dan sukaneka tu bukan Event ya...itu budak darjah 6 pun selalu buat kat sekolah masa campaign. Itulah jadi manusia jangan angkuh dan mengumpat orang serta sombong kata akan buat lebih baik, bukan macam orang tu asyik catwalk...catwalk. Hey! catwalk tu adalah antara daya penarik ya, itulah korang kalau kerja bawah orang saja tak tau jadi pengurus dan tak tau buat event jagna angkuh. Ianya adalah marketing strategi, kalau majlis tu pelbagai, lagilah orang nak datang. Tengoklah setiap majlis saya buat sampai lebih 200 orang, majlis korang? Diluar sana orang buat fesyen show saja pun ramai orang datang, apa lagi ada fesyen show dan persembahan nyanyian, orang akan rasa berbaloi ada dua acara sekaligus tapi bayar satu. Wartawan pun ada bertanya pada saya mengapa sekarang tak ada apa-apa? dan ada wartawan yang kata pada saya kalau acara mereka yang syok sendiri, mereka tak akan nak pergi. Ambik kau!.


Saya tidak pernah bangga diri atau pandang rendah pada orang walau saya menjadi pengurus dan ada 58 orang staff serta mengendalikan pengurusan syarikat selama hampir 3 tahun. Selain itu selalu keluar majalah dan TV serta ke pertunjukkan fesyen. Tuhan maha adil inilah namanya Karma. Dosa mereka2 ini mengumpat dan memperkecilkan saya, Tuhan pun tidak boleh ampunkan, kalau mereka2 ini berdosa pada Tuhan...Tuhan boleh ampunkan tapai dosa manusia pada manusia lain tidak akan terhapus selagi orang yang mereka umpat dan perlekehkan itu tidak memaafkan mereka ( jangan main-main, dalam Al-Quran pun telah tercatat ). Sementelah saya terus pergi jauh dan berjaya sebagai Pengurus, Pelajar dan Designer...korang masih jadi kuli batak dan jadi pekerja dibawah orang. Dulu kata 'akan aku buktikan satu hari nanti' tapi sampai sekarang tak ada apa2. Ingatkan sudah maju dan kalau maju korang patut bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada saya kerana cabaran dan kata2 saya buat korang berjaya...tapi hampeh! masih ditakuk lama. Teringat kata2 kawan wartawan, apa la nak jadi dengan mereka2 tu? kesian artis tu dapat orang2 dalam yang perangai dan mulut macam tu. Saya hanya mampu menjawab Hmm...entahlah! Dosa mereka pada tuhan ...kalau mereka minta ampun tuhan akan balas...tapi saya tak akan maafkan perbuatan mereka dan sebab selagi manusia itu tidak memaafkan, sampai ke mati lah, sampai ke akhiratlah mereka bawa dosa mengumpat saya. Ada ramai orang kuat dan berkualiti sudah senyap dan malas nak ikut serta lagi sebab malas dan tak semeriah dulu kata mereka. Ada juga yang megadu pada saya dan cerita itu ini tapi saya kata, biarlah mereka kan pandai katanya. Ramai yang memujuk saya kembali dan ugut selagi saya tidak kembali aktif, mereka pun malas. Saya kata, saya bukan keluar, cuma saya berundur dari jawatan besar, rumah itu saya yang bina dan selama-lamanya saya punya bukan sesiapa walau di cat, di ubahsuai tapi hak milik saya tetap yang punya dan yang membinanya. Tpai malaslah kalau dengan orang yang tak dengar cakap, konon tahu segala padahal saya ni dah bertahun dalam bidang seni senagai Model dan Pelakon tahu banyak serba-serbi dunia seni ni itulah saya cipta Sambutan Hari Raya Stacy walau dia bukan muslim dan orang suka idea tu sebab Stacy raikan peminat yang beragama Islam, kini ada beberapa wartawan tanya saya kemana sudah majlis gilang gemilang Hari Raya dan sambutan Hari Lahir artis tu yang selalunya besar-besaran dan gempak. Jangan tak tau, ramai wartawan yang direct hubungi saya kerana mereka ada contact saya sejak berdeal dengan mereka dari 2009 lagi.

Wednesday, December 28, 2011

DESIGN BAJU UNTUK RED CARPET MAHARAJA LAWAK MEGA PULA

Syukur kerana rezeki dan peluang murah sangat, segalanya berkat hati bersih saya dan tidak pernah berdengki atau mengumpat orang seperti beberapa oarang dalam sebuah persatuan kelan peminat tu yang tak tau dunia artis dan dunia seni macam mana, tapi berlagak pandai dan macam tahu serba-serbi sehingga sanggup mengumpat dan memperlekehkan uasaha saya. Syukur, saya telah buktikan dan rezeki saya semakin murah.

Setelah menghasilkan baju-baju untuk Red Carpet AIM dan FFM, kini terpilih pula untuk mereka baju untuk salah seorang pengacara rancangan TV Astro. Dan lagi best semasa pengacara itu menjemput penyanyi Aliff Aziz menjadi tetamu di TV, Aliff Aziz pula berminat dengan baju design saya yang dipakai oleh pengacara tersebut dan meminta nombor telefon saya. Syukur...jika kita bersih hati dan mulia dan tidak mendengki serta tidak memaki hamun di FB dan Blog...rezeki kita semakin murah dan melimpah ruah.

Friday, December 23, 2011

BAJU-BAJU DESIGN KOSE SERANI MENJADI PILIHAN PENGACARA ASTRO HAMPIR SETIAP MINGGU

Syukur, semakin ramai artis dan selibriti serta wartawan yang berminat dan menyedari bakat serta kreativiti saya. Kalau sebelum ini rekaan saya berada di Red Carpet AIM, FFM dan beberapa majalah...kini di TV pula. Pengacra rancangan gossip dan perkembangan dunia artis iaitu Ajieb dari 'Apa Kata M' telah berminat dengan design saya. maka terpampanglah hampir setiap minggu nama company saya Kose Design & Collection di kaca TV setiap akhir rancangan dan pengaca juga ada menyebutnya beberapa kali. kebetulan untuk baju yang di pic ini...diminati oleh Aliff Aziz dan beliau meminta contact saya melalui pengacara kerana kebetulan Aliff Aziz menjadi artis jemputan untuk episod kali ini.

Wednesday, December 14, 2011

MY 1ST. SOLO FASHION SHOW @ SHANGRIA ISLAND CAFE & BAR

Memang sangat mengujakan kerana walau tidak sampai setahun menjadi Designer tiba-tiba ada yang percaya akan bakat dan kreativiti kita. Tidak perlu menunggu setahun dua dalam bidang fesyen, saya telah mendapat peluang sebesar ini...syukur. Perjalanan show berjalan dengan lancar walau perancangan hanya dua minggu sahaja tetapi kerana saya telah biasa menjadi Floor Manager untuk majlis2 besar Stacy AF6 dan dibantu oleh krew2 yang saya pilih dan lantik sendiri. Show selama 30 minit menampilkan 11 model tinggi2 belaka ( 8 model lelaki dan 3 model wanita ). Lagu2 pilihan saya sendiri dan juga keograf oleh saya sendiri membuatkan saya berasa puas dengan keupayaan bakat bukan hanya sekadar menjadi Designer malah menjadi Man Behind the show yang biasanya diserahkan pada orang lain atau event management. Bertema kan Rugged Wear, pusingan pertama mengujakan dan mendapat tepukan serta sorakan yang tak henti2. Kemudian round kedua bertemakan Formal/Elegant membuat beratus penonton terpaku dengan kehadiran model2 yang kacak dan jelita memperagakan pakaian rekaan saya dengan penuh santun. Syukur show ini mendapat sambutan hangat sehinggakan ada job menanti tawaran dari management LQ yg sama offer pada saya. Ribuan terima kasih pada Areez@Antibiotik & Felix Bent yang memberi kepercayaan, juga pada Faizal Oda yang kreatif yang membantu sebagai ko-ordinasi serta tak lupa juga juru mekap profesional yang biasa membuat make up untuk TV drama dan movie iaitu Sab Ariyyan dan juga Hair Stylist profesional yang telah banyak membuat show dari Eyoi Team. Para hadirin malam tersebut juga sangat soprting dan datang dengan stylo dan ikut tema Party Fashion...kita jumpa lagi di Next Show.



QAYYIEM, EMAN SHAH & EDWIN MODEL-MODEL YANG TINGGI LAMPAI DAN SASA
FINALE ROUND
SAYA DIINTERVIEW OLEH MC
MARIA DENGAN PENAMPILAN ANGGUN, KELASS KAU MARIA

Thursday, November 17, 2011

BELUM SETAHUN JADI DESIGNER DAH DIPILIH BUAT SOLO FASHION SHOW

PIC, SEMASA MASIF 2011 DI KLCC

Syukur, walau tidak sampai setahun menjadi Designer tetapi saya telah diberi kepercayaan untuk membuat Pertunjukkan Fesyen secara solo. Selalunya yang terlibat untuk pertunjukkan solo ini adalah Designer yang telah bertahun pengalaman. Kebiasaannya para Designer akan bergabung dalam sesebuah Fashion Show seperti MASIF, MIFA, MIFW dan lain-lain lagi dan pengalaman saya terlibat dalam beberapa fesyen show bergabung dengan Designer yang lain adalah satu kesempatan yang sangat berharga pada setiap Designer terutama yang baru berjinak-jinak, malah adea yang telah lama menamatkan pengajian tetapi masih tidak berpeluang terlibat dalam mana-mana fesyen show bergabung, apatah lagi secara solo.

Inilah rezeki dan kuasa tuhan namanya. Rasanya berbaloi pengorbanan saya ke Pulau Pinang semasa Ramadhan lepas terlibat dalam pertunjukkan amal Fesyen Show sempena majlis berbuka puasa dan duit kutipan didermakan kepada rumah kebajikan. Setelah dari itu, rezeki saya semakin mencurah-curah sehinggakan tempahan dan show berlambak. Syukur....

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.